Tuesday, March 6, 2007

APPROACH DAKWAH KEPADA ORANG MUDA

Satu pandangan jujur menarik golongan muda mendekati ajaran agama

Mengapa golongan muda muslim sekarang agak luntur pegangan agama ?
Mengapa golongan muda muslim menganggap agama islam itu memisahkan mereka
dari kehidupan seharian mereka ?
Mengapa agama islam itu dilihat sebagai sangat membebankan dan menyusahkan
kehidupan mereka ?
Mengapa golongan muda ini lebih gemar menerima budaya luar terutamanya budaya
barat atau budaya Kristian yang mereka anggap leibh moden, tolerensi dan terkini?

Sebabnya…!
Maybe..! @ mungkin kerana golongan muda ini merasakan kehidupan menurut pandangan islam itu terlalu mengongkong dan menyekat kebebasan mereka. Gambaran yang mereka perolehi mengenai kehidupan islam melalui ceramah, majlis ilmu, syarahan agama, buku dan risalah-risalah amatlah membosankan serta tidak menarik, kadangkala amat menakutkan.

Mereka merasakan apa yang diperolehi dari input ceramah, syarahan samada dari orang agama maupun orang yang cenderung kepada politik lebih kepada bentuk larangan termasuklah cara berpakaian, pemakanan, persekitaran, serta balasan terhadap perbuatan melanggar agama dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalamnya.

Namun pada hakikatnya agama islam bukan setakat peraturan mahupun larangan, malah perkara yang dibolehkan sebenarnya lebih banyak daripada yang diharamkan
Perkara inilah yang sepatutnya ditekankan oleh para profesional agama, orang - orang alim, ulama serta cendikiawan islam bukannya menakut-nakutkan belia islam yang masih muda remaja. Kata orang tua yang masih belum kurang makan garam..
Kerana itulah golongan terbesar dalam kelompok penduduk Malaysia ini mudah dan senang dipengaruhi dengan persekitaran mereka. Jika ada agenda hiburan, hiburanlah ikutan mereka, jika ada agenda seronok-seronok melepak di pasaraya , melepaklah mereka, dan apa-apa lagilah yang sering mengamit perhatian kelompok mereka itu., belum lagi budaya berkedai kopi di kafe-kafe siber.
Kita tidak selayaknya menyalahkan mereka itu yang terdorong dengan budaya seperti begitu, kerana dunia pada hari ini adalah dunia yang sangat bebas tanpa sempadan, dibantu dengan kemajuan sains dan teknologi.
Apa yang boleh kita lakukan ialah memberikan penjelasan dan kefahaman sebenar mengenai agama islam agar umat islam tidak tergelincir dalam kehidupan bukan hanya menakut-nakutkan mereka mengikut kefahaman agama kepada mereka, jika standard itu yang diberikan, nescaya mereka akan lebih jauh menutup pintu kepada dakwah dan agama, menutup pintu agama didalam hati-hati mereka.
Ilmu-ilmu islam haruslah diajar supaya tidak kelihatan "kolot" , out of date, dari pandangan mereka. Apa salahnya menyumbang dakwah dalam bentuk yang melibatkan kemahiran teknologi sains , IT agar apa yang dihidangkan kepada golongan ini sekurang-kurangnya setaraf atau lebih tinggi persepsi mereka dari apa yang medium hiburan berikan kepada mereka. Maaf kerana agak beremosi di prasa ini kerana
telah mejadi kecenderungan golongan ini menjadikan hiburan sebagai instrumen ikutan mereka sekarang.
Adakah kita pernah terfikir, mengapa agenda hiburan sanggup mengorbankan jutaan ringgit bagi tujuan penganjuran program mereka ? Tentulah bagi menarik golongan sasaran agar teruja dan kagum seterusnya menjadikan objek tersebut sebagai ikutan dan sebagai petunjuk tanda aras kemajuan diri mereka gar tidak dikatakan kolot.
Tetapi bagi menganjurkan program atau agenda dakwah, sukarnya mencari peruntukan dan dana dan jika ada pun bolehlah dianggap "ciput", dengan peruntukan yang ciput itulah agenda dakwah akan dihidangkan kepada golongan ini dengan niat menarik golongan tersebut mencintai agama..alahai…
Sebab itulah agenda dakwah yang dijalankan di masjid-masjid atau surau, kemarau jemaah berlaku, kurang sambutan, serta kehadiran yang ciput juga terhidang kepada pendakwah-pendakwah. Kenapa?
Ini bukanlah bermakna kita harus mewujudkan pertunjukan laser atau acara yang hebat-hebat dengan kehadiran artis-artis hiburan sebelum bermulanya majlis ilmu atau dakwah kepada golongan itu ? Tidaklah sampai ke tahap itu..dan jikapun ia dilakukan , bukan menarik mereka ..sudahnya mereka akan lari jauh-jauh kerana merasa termalu kepada institusi yang mulia itu…bisik mereka mungkin..ape ke jadahnyer jadi macam tu plak…konpius!
Saranan disini, mengapa tidak digunakan instrumen terkini seperti penggunaan skrin layar didalam masjid atau surau sebagai alat bantuan dakwah, penggunaan taknologi ini sedikit sebanyak membuka mata golongan muda dan masyarakat untuk lebih terpegun dan teruja seterusnya mendorong mereka agar sentiasa setia menanti majlis ilmu yang seterusnya di masjid atau surau. Peruntukan tersebut tak salah jika pihak BaitulMal
sendiri atau Pejabat Agama dapat menyediakan instrumen itu bagi tujuan kegunaan pendakwah serta ustaz ustaz yang terlibat. Tapi jika ia diberikan kepada para ustaz-ustaz atau pendakwah yang pada waktu yang sama kemahiran itu bukan dibidang mereka, jadi katun pulak majlis tersebut. Maka disinilah permulaan bagi golongan muda yang berpengetahuan atau berilmu dan mempunyai kepakaran terlibat secara langsung.
Alangkah hebatnya majlis ilmu yang dibantu oleh instrumens berteknologi bagi mengembang ilmu dakwah kepada hadirin dan masyarakat, disertai pula oleh krew orang-orang muda yang menjadi nadi perkongsian program itu sebagai satu "teamwork" . Hebat…rasanya jika cadangan ini diterima atau tidak terlepas pandang biarlah saya yang merealisasikan sebagai yang pertama. Secara ringkasnya setiap apa yang mahu didakwahkan biarlah dibuat sedikit homework, jika mampu lakukan sedikit tinjauan video di kawasan qariah, dan dipaparkan di skrin layar sewaktu majlis ilmu berlangsung, serta dikaitkan dengan ilmu yang mahu dibincangkan. Gamitlah
orang-orang muda ini melalui edaran pamplet dan poster majlis ilmu di setiap qariah, atau hebahkan ianya dilaman laman web masjid atau surau agar informasi sampai kesetiap ruang masyarakat seterusnya majlis ilmu atau program itu tidak lesu , hambar dan kemarau manusia.
Mnegapa tidak kita terangkan kepada mereka, jika mereka suka bergaya, mereka boleh teruskan asalkan tetap menutup auratcdan faham pengertian aurat itu bagi lelaki dan perempuan. Mungkin boleh juga menyentuh perkara bahawa islam tidak melarang berkawan antara lelaki dan perempuan tetapi batasnya hendaklah dijaga dari sudut batas pergaulan, contohnya tidak boleh duduk atau berkurung berdua-duaan dengan bukan muhrim mahupun bersentuhan. Dari situ mereka akan faham bahawa islam tidak melarang sama sekali apa yang mereka gemar lakukan tetapi ada peraturan yang mesti diikuti kerana islam itu sendiri adalah agama fitrah.
Fitrah manusia sukakan keindahan dan kecantikan, kehidupan yang selesa didunia, harta kekayaan, kenderaan mewah perhiasan dan berpasangan. Golongan agama juga tidak wajar mengutuk sebarang budaya luar yang diluar agama islam sewenang-wenangnya. Kita haruslah dapat membezakan antara perkara baik untuk diikuti dan patut dijauhi.
Contohnya di Jepun atau juga di Barat mereka sangat menghormati masa dan sebarang temu janji mahupun masyuarat akan berjalan mengikut waktu yang ditetapkan dan dihadiri cukup bilangan ahlinya. Tiada istilah "janji melayu" yang
ada disini dimana terlambat 5 atau 10 minit menghadiri temu janji dikira biasa. Budaya menghormati seseorang, bertegur sapa dan bertanya khabar biarpun kepada mereka yang tidak pernah dikenali, menjaga kebersihan, perkara ini tidak
salah diikut kerana ia selari dengan kehendak agama islam itu sendiri.
Bagaimanapun budaya yang menyentuh kepada kebebasan individu yang mutlak, bersekedudukan, kehidupan yang berpaksikan kepada hawa nafsu syahwat semata-mata sehinggakan yang berkahwin pun bebas memuaskan nafsu mereka dengan orang lain haruslah ditegah dan dielakkan kerana ia bertentangan sama sekali dengan agama kita.
Mungkin ada yang seronok dan ketawa kuat seperti di dalam program Raja Lawak Astro bila membaca rumusan satu kajiselidik yang dijalankan oleh seorang profesor di Uniten yang menjelaskan bahawa 10 responden hanya 1 orang yang masih berjaya menjaga kehormatan dirinya berkaitan zina akibat pergaulan bebas remaja.
Apa ke jadahnyer?.....
Menakutkan?...maunyer tak takut , lebih-lebih lagi kita yang dah ada anak-anak remaja perempuan…! Tak tahulah jika ada "parents" yang membaca hasil akhir kaji selidik tersebut hanya sekadar buat dekkk…aje…macam baca iklan mencari jodoh didalam kolum akhbar….., ini kerana kurangnya dakwah yang berkesan kepada kelompok
sasaran seperti itu.
Allah menetapkan institusi perkahwinan itu sebagai satu saluran kepada nafsu syahwat manusia dan zina dilarang kerana ia akan merosakkan keutuhan kemanusiaan itu sendiri.
Cabaran agama islam dapat disampaikan kepada semua lebih pentinh pada masa sekarang dengan anak muda kita ramai yang sudah terjebak dengan gejala tidak sihat seperti merempit, menghisap ganja, maksiat dan murtad.
Mereka ini seolah-olah hanyut di dunia mereka sendiri tanpa mempedulikan batasan agama dan kita tidak dapat menyalahkan mereka 100 peratus tanpa sikap dan usaha kita membangunkan wacana dakwah melalui pendekatan berteknologi yang mampu menarik minat mereka hadir ke majlis ilmu agama.
Cuba kita perhatikan cara penyampaian majlis ilmu agama dan khutbah jumaat, masih dengan cara yang sama 30 tahun dulu jika mengikut umur saya sekarang, tiada perubahan dan pembaharuan mahupun mengikuti perkembangan semasa. Menjadi gambaran biasa melihat ada yang tidur atau menjadikan masa tersebut masa merehatkan mata
semasa berlangsung kuliah ilmu atau kutbah. Seperti yang saya jelaskan di awal blog ini apa salahnya membuat sedikit "homework" bersama "teamwork" yang dibentuk bagi melengkapkan hujah-hujah semasa sewaktu khutbah dilangsungkan menggunakan instrumen teknologi tersebut…, tak salah malah terkedu juga bila terbaca masih banyak
dana di BaitulMal tidak dapat digunakan kerana ketandusan idea untuk menyalurkannya bagi kepentingan agama.
Berbeza dengan paderi Kristian, mereka memberi ceramah atau khutbah dengan cara yang terancang sehingga orang yakin akan kata-kata mereka. Saya mengambil contoh dekat dan dikawasan saya, dan kebetulan premis saya digunakan oleh sebuah syarikat industri sebagai tempat tinggal (hostel) bagi pekerja perempuan mereka, khalayak tahukah bagaimana agenda gereja menjalankan dakwah mereka ?
(Premis saya tersebut telah disewa oleh syarikat berkenaan sejak 3 tahun sehingga sekarang) bagi menempatkan pekerja mereka lebih kurang 300 orang yang berbilang agama ( Kristian,Islam dan aetis )
Setiap minggu 3 kali pengangkutan gereja menjemput mereka hadir ke sesi dakwah mereka di gereja, bukan saja penganut Kristian diangkut, yang Islamnya cetek , aetis lagi lah…diangkut ke sana, malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa terdapat pekerja islam mereka juga turut serta ke gereja kerana tarikan agenda mereka )
ini…kes sensitif…tapi saya terdorong berkata demikian kerana tiadanya program yang serupa dilakukan oleh pendakwah kita kepada golongan pekerja asing ini..kerana sikap selesa kita sekarang !
Malah penganut Kristian ini juga turut berdakwah kepada rakan mereka di asrama sudah tentu kepada rakan aetis dan islam …
Paderi juga dikhabarkan menunggu kedatangan hadirin di pintu gereja seperti menghormati tetamu, selesai majlis mereka tunggu lagi di pintu bagi mengucapkan selamat, bertanya khabar, dan sering menawarkan pertolongan . Adakah pendakwah-pendakwah kita melakukannya demikian?
Saya yakin ramai orang terutamanya golongan muda yang akan ditarik ke masjid jika kita melakukan sedemikian.
Mengapa kita tidak lakukan satu agenda besar di lapangan rekreasi bandar di daerah kita untuk kita jadikan pentas dakwah yang berterusan bagi menarik minat golongan tersebut menyintai agama. Tentu boleh jika tidak banyak karenah birokrasi dan ada penglibatan serius dari pihak yang perlu terutamanya Pejabat Agama daerah
sendiri. Agendakan majlis itu secara awam dan kekeluargaan dan dilakukan setiap malam minggu ketika ramai orang muda kita berkumpul disitu sebelum mereka merempit atau apa-apa lagi…sekurangnya itu adalah tempat paling dominan bagi menjelaskan ilmu-ilmu dakwah secara terancang. Hebatkan…!
Profesional Islam dan golongan alim, ulama dan ustaz-ustaz juga disarankan turun padang bersama-sama membantu masyarakat. Berbagai-bagai acara perlu dirancang secara terancang dan berterusan untuk mendekatkan masyarakat dengan kegiatan dan majlis yang bercorak islam.
Dengan cara itu golongan muda akan melihat profesional muslim ini adalah kelompok yang mudah didekati dan bukan sekadar hanya memberi syarahan di masjid. Diharap dengan cara ini mereka akan lebih terbuka untuk berkongsi fikiran dan permasalahan mereka.

Jika dilihat sekarang bermacam-macam bencana alam yang berlaku, cuaca dunia kian tidak menentu. Apabila maksiat tidak terbendung dan kerakusan manusia mencemar alam semulajadi, maka akan datanglah bala Allah seperti banjir besar, wabak penyakit menular, dan terkini kemarau berpunca dari fenomena El-Nino.
Apabila bencana berlaku , ia akan meliputi semua makhluk samada yang beriman atau tidak, inilah iktibar yang didapati pada zaman beberapa Nabi seperti Nuh, Hud dan Musa. Oleh itu renungkanlah bahawa setiap ujian dan dugaan ini adalah peringatan dari Allah kepada manusia yang berterusan melakukan dosa mahupun kecenderungan menodai kesucian alam ciptaan Ilahi. Sebarang kesilapan dan ketelanjuran perlu diinsafi dan di baiki bagi menyelamatkan kita dan generasi akan datang.

Aminnnn!!!!

Sunday, March 4, 2007

WHY umat Islam di TINDAS ?

Kenapa Umat islam sentiasa di tindas?
Nota: Soalan yang membuatkan sebahagian orang islam menjadi murtad…, dan ramai orang kaFir tak nak murtad (ugama mereka)

BACK TO THE FUTURE
Hari itu tiada azan subuh kedengaran, yang ada hanya bunyi tembakan dan ledakkan senjata, kemudian kelihatan sebuah Lori Tentera sedang bergerak laju dalam kedinginan kabus pagi, Oleh kerana jalan yang tidak rata dan banyak bonggol, kelihatan lori itu seperti melompat-lompat dan terhuyung hayang, sehinggalah ianya berhenti di hadapan sebuah masjid.

Apabila melihat dua lelaki yang berpakaian tentera turun dari lori, barulah di ketahui bahawa, ‘jalan yang tidak rata’ dan ‘banyak bonggol’ itu rupanya adalah timbunan mayat manusia, dan di hadapan masjid itu juga bergelimpangan mayat manusia yang di bunuh kejam, dari dalam masjid keluar beberapa lagi tentera dengan senjata lengkap, salah seorang dari mereka memegang sebatang tongkat yang cantik ukirannya, oh, itu rupanya tongkat yang biasa di pegang oleh imam setiap kali berkhutbah juma’at!!..

Kemudian, tentera itu melontarkan tongkat mimbar masjid itu ke belakang lori tadi, kelihatan di dalam lori itu telah di penuhi oleh tongkat mimbar dari masjid-masjid yang lain, ada berbagai bentuk dan ukiran, ada yang di perbuat dari kayu dan juga besi!!

Apa-apapun, bagi setiap tongkat masjid yang di kumpulkan itu menandakan satu kampung orang islam telah di bunuh, semua wanita di perkosa dan seluruh harta di rampas…

Berkatalah seorang tentera kepada rakannya..
"bagus sungguh tindakkan jeneral tertinggi yang membuat strategi menyerang negara islam yang solat subuhnya tidak seramai solat jumaat, katanya idea kreatif ini di ambil dari kitab orang islam, kerana itulah Iraq, Palestin, Bosnia, Indonesia, Afghanistan telah berjaya kita tewaskan, Tuhan mereka tidak membantu mereka, ha ha ha..!

kemudian rakannya yang lain berkata: "seolah-olah, tuhan itu wujud..."

Argh, kita lupakan soal ketuhanan, nagara mana pulak yang subuhnya tidak seramai jumaat, ayoh kita serang...!!!

. . . . .

. . . . .

ONCE UPON TIME IN MADINAH

Pada suatu hari, Nabi Muhammad saw telah pulang ke rumah dengan kerut wajah yang berlainan sekali, seperti ada sesuatu yang cemas dan sangat penting untuk di beritakan, tanpa berkata sepatahpun pada isterinya, Siti Aisyah r.a yang dapat merasakan sesuatu yang besar telah berlaku pada baginda, Nabi Muhammad s.a.w terus mengambil wudhu dan segera ke masjid yang terletak bersebelahan rumah baginda.

Kemudian tanpa solat sunnat wudhu!!!, dan juga tanpa solat sunnat tahayatul masjid!!!, Nabi Muhammad s.a.w terus ke mimbar masjid untuk memberi khabar berita yang sangat penting kepada ummat, sangat penting sehingga baginda menangguhkan solat solat sunnat yang biasa Nabi buat!!!

Dari atas mimbar, Nabi bersabda (lebih kurang maksud):

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran, jika tidak Allah akan melantik raja yang zalim memerintah kamu, dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, di waktu itu, doa orang alim pun tidak akan di terima Allah, kamu meminta bantuan tapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkanmu!!!!

Kemudian, baginda terus turun dari mimbar, sedang hadith ini di riwayat dari Aisyah r.a yang mendegar sabda nabi dengan cara melekapkan telinga ke dinding…(rumah Nabi bersebelah masjid Nabawi..

TODAY AND AGAIN

Seorang sahabat kita telah di pukul oleh seseorang, sebagai sahabat setiakawan. Kita lekas-lekas membantunya, kita hantar dia ke hospital, jahit lukanya dan melawatnya setiap hari sehingga sembuh…

Yey! Dia sudah sembuh…

Tak lama kemudian kita dengar dia di pukul orang lagi, kita sekali lagi dengan lekas-lekas membantunya, hantar dia ke hospital, dan dijahit lukanya dan dirawat serta melawatnya sehingga sembuh…

Alhamdulillah, dia sudah sembuh…dan... dia di pukul orang lagi…

Nampaknya sahabat kita akan menemui ajal dan bakal jadi mayat, memang benar dan baik sekali jika kita merawat dan mengubat luka sahabat kita, tetapi mengapa kita tidak menyelesaikan masalah itu dengan merujuk kepada punca….?

Kenapa tidak bertanya kepada si kaki pukul ? Dan kenapakah dia di pukul bertalu-talu?

Hehehehe....
Janganlah korang jadi macam anjing yang bodoh, bila orang baling kayu, digigitnya kayu…lepas tu baling batu kat dia, anjing bodoh tu gigit pulak batu tu, anjing tu gigit ngan marah dan anggap dia telah buat keputusan yg bijak, (bodoh sebenarnya), last-last, orang tembak ngan peluru baru mampus!

Mengapa anjing tu tak gigit orang yang baling tu awal-awal?(contoh)

Begitulah ummat islam hari ini, bila saudara seislam kita di timpa bala atau di zalimi, kita cepat cepat hantar bantuan makanan dan ubat-ubatan, tak lupa juga senjata dan tentara sukarela, tak salah.., dan bagus sekali, cuma masalah itu tak akan selesai sampai bila-bila, malahan bertambah parah… kerana ada bala yang lebih besar akan datang dan ada raja yang lebih zalim akan menyerang selagi umat islam tidak menjalankan kerja dakwah!! (menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran)

Sampai bila korang nak gigit kayu dan batu!

Adakah engkau ingat Allah ciptakan orang kafir tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka?

Ingatlah wahai kawan-kawan, satu org kafir mati semua orang islam berdosa tau!
Nabi bila ada mayat yahudi ‘lewat’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..
Nabi jawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka...

INGATLAH doa org yang teraniaya adalah sangat makbul..walaupun seorang kafir….sekarang siapa yg teraniaya:
Kita org islam kah atau mereka org kafir?

Mereka orang bukan islam telah di zalimi oleh orang islam karena tak menyampaikan da'wah kepada mereka…
Sebab tu bila org islam perang dengan org kafir-orang kafir menang-sebab mereka telah di zalimi-orang islam tak da'wah mereka…

Zaman ini amat banyak orang pergi hají dan jumlah org islam lebih berlipat ganda dari jumlah orang islam di zaman Nabi, dan ada yg doa, “Ya Allah Laknatlah Amerika, dan sekutunya, Tapi bila perang Amerika-Iraq, Amerika-Afghanistan, Israel-Palestin, Serbia-Bosnia,..kemana pergi 1000 malaikat yg menolong sahabat dalam perang badar?
Mengapa Allah tak menolong org islam?
Ingat dalam sejarah islam, kemenangan hanya apabila Allah membantu kita…ahli badar 313 orang adalah mereka2 yg telah menunaikan hak da'wah pada org kafir selama 13 tahun di mekah…, mereka amal ma'aruf dan nahu mungkar!!, so logik Allah bantu mereka…tapi hari nih kita ingin berperang dengan orang kafir, sudah berapa lama berda'wah kepada mereka..satu jam? Seminit? menangislah kawan..

(Akulah yang patut menangis!!!)

Negara yang aman bukanlah satu kejayaan…
Negara yang di serang pula bukanlah satu kegagalan..

Kejayaan adalah dapat taat perintah Allah!!!
Dalam Negara aman ada perintah Allah, dalam Negara peperangan pun ada perintah Allah…

Nabi dan para sahabat r.a dalam peperangan pun solat berjemaah, tapi ummat islam yang bukan dalam perperangan selamba tinggal solat jemaah kerana sibuk tengok cerita perang di HBO...,Anugerah Oskar...Akademi Fanta Sia-sia..dan tah apa-apa lagi...

Di ulangi!!

Kejayaan bukan dalam Negara aman, dan kegagalan bukan dalam Negara peperangan, dalam Negara aman ada perintah Allah sekian-sekian, dalam Negara perperangan ada perintah Allah sekian-sekian, kejayaan adalah bila dapat taat perintah Allah!!!
Orang Palestin nak pergi solat berjemaah, tapi tak dapat kerana di halang oleh tentera yahudi, tapi Malaysia sekarang Negara aman tapi masjid masih kosong, orang palestin patut menangis tengok rakyat Malaysia yang di uji kemewahan ini!!!!
(aku patut menangis sekali lagi-tapi takde air mata kerana hati aku keras..oh!!!)

RETURN TO THE SOURCE

Seorang yang berpakaian macam ustaz bertanya padaku:

“kenapa ummat islam sekarang tidak bersatu padu? Mengapa UMNO, PAS, ABIM, JIM, SYIAH, SUNNI, TABLIGH, AL-ARQAM, TALIBAN, AL-QAEDA, IKHWAN bla bla bla… (etc..etc.. 73 semuanya) tidak bersatu padu?
Bukankah baik jika semua jemaah islam ini bersatu?

Aku yang 'bukan ustaz tapi di rujuk orang' lalu berkata:
Jika burung helang di ikat salah satu kakinya dengan burung merpati dan salah satu kaki burung merpati di ikat pula dengan burung sendidik.., mana mungkin burung-burung ini boleh terbang dan sampai ke distinasi?

Pengabungan ini tidak akan dapat di buat kerana distinasi setiap burung itu berbeza, begitu jugak dengan gerakkan so call Islamic yang kau sebutkan itu, setiap gerakan mempunya destinasi yang berbeza dan musuh utama yang berbeza !!
Maka nasihat aku setelah berbuih nasihat engkau, jika kau rasa apa yang kau buat benar, maka ‘bismillah’, go on dan berikhlaslah!!!

“lakum di nukum wali yadin”….

Tapi, apa yang kau buat ni ?, seperti ajak orang solat jemaah, beriktikaf di masjid, imarah masjid,ziarah dan lain lain adalah satu cabang pada dakwah, iaitu ajak kepada kebaikkan, kenapa orang macam engkau tak mencegah mungkar?

Aku kata:
Kau tuduh 'aku'tak buat mencegah mungkar?, aku boleh jawab soalan engkau, tapi jawapan aku adalah dalam bentuk soalan dan jawapannya ada dalam soalan itu..

Aku ulangi, jawapan yang akan aku berikan adalah dalam bentuk soalan dan jawapannya ada dalam soalan itu.., sejauh mana kau jawab soalan itu, sebanyak itulah jawapan yang engkau akan dapat!!!

Jawapan dalam bentuk soalan:

“BAGAIMANA NABI MUHAMMAD S.A.W MENCEGAH MUNGKAR ??”

(Tiada lagi soalan atau jawapan dari mamat tu, semoga aku dan dia mendapat hidayat buat selamanya dari Allah yang Maha Pengasih..oh)

THE ANSWER...

Di bawah aku bagi tajuk tentang cerita Nabi Muhammad s.a.w berdakwah yang korang boleh amalkan dalam mengajak kepada kebaikkan, dan mencegah mungkar,
Korang boleh kaji dan fikir dari cerita di bawah akan bagaimana nabi mencegah mungkar...

Kisah Nabi di caci oleh orang yahudi yang buta, Nabi menyuapnya makanan sehingga Nabi wafat…
Kisah Nabi di ludah oleh seorang pemuda yang di upah oleh Abu Jahal, bila pemuda itu sakit, apa Nabi buat?
Kisah Nabi dengan Saidina Umar yang membunuh anaknya hidup hidup dan mendera adiknya dengan kejam kerana masuk islam.
Kisah Nabi memaafkan pembunuh Hamzah r.a.
Kisah Nabi membasuh kencing orang biadap dalam masjid, sedangkan sahabat ingin membunuhnya!
Kisah Nabi menyuruh Aisyah bersembunyi kerana seorang yang jahat telah datang berkunjung, tapi bagaimana nabi melayannya?
Kisah nabi di tampar yahudi sehingga berbirat pipinya, kemudian Nabi merawat tangannya yang luka dengan air mata!!
Kisah Nabi di baling batu di Taif, Nabi cedara dan berdarah, dan telah memaafkan mereka pada hari yang sama!!
Kisah seorang wanita tua yang ingin berpindah kerana tidak mahu masuk islam, Nabi telah menolong beliau berpindah, wanita tua itu menangis akhirnya kerana...
Kisah Nabi menjawab aduan tentang seorang pencuri.
Kisah Nabi dan tetamu yang sengaja buang najis dalam rumahnya.
Kisah nabi memaafkan Hindun yang pernah melapah mayat bapa saudara Nabi
Kisah Nabi menangani tuduhan melengahkan hutang oleh seorang yahudi, dia telah mencekik leher Nabi, apa Nabi buat?
Kisah nabi di cela Khalid, tapi apa layanan Nabi kepada keluarga khalid sehingga Khalid tidak sabar masuk islam!!
Kisah Nabi menghiburkan Abu supian yang telah banyak meyusahkannya.
Kisah Nabi bersolat dengan bersungguh sungguh untuk ketua orang munafik.
Kisah Nabi menangis apabila melihat mayat yahudi…
Kisah nabi menghadiahkan serban kepada anak Abu Jahal yang pernah menyakitinya.
Kisah Nabi memaafkan orang yang ingin membunuhnya!!

Ada banyak lagi, cerita-cerita tentang bagaimana Nabi berdakwah, oleh sebab aku bukan ustaz, baik korang rujuk ustaz dan kitab, di sini jelas bahawa cara mencagah kemungkaran bukanlah bertindak seperti mereka yang di sampuk kuasa binatang lalu mencegah mungkar dengan imej Batman, Spiderman, Keluangman, dan terbaru, Cicakman..., biarlah orang kafir saje yang mencegah mungkar cara ganas macam tuu..., kita orang islam, cegahlan mungkar sebagaimana Nabi mencegah mungkar!!!-jangan nak bercita cita menjadi hero yang ada kuasa binatang!!!!

------------

ps: semua superhero akan menjadi mayat!!!

NERAKA dan ISINYA...

"Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh"
(Semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah dianugerahkan Allah kepada kalian)

Hari ni aku nak bercerita pasal seorang kawan yang masa kecil menjadi kawan bila besar menjadi lawan.., secara " basic "nya, untuk menghasilkan api, korang perlu menjadi sembilan naga-tak lawak, untuk menghasilkan api, korang sebenarnya perlu kepada tiga perkara..iaitu:

1.Oksigen
2.Haba.
3.Bahan bakar…

Kalau rumah korang terbakar, ianya berpunca kerana dalam rumah tu ada oksigen (kita sekarang kat planet bumi), ada haba yang berpunca dari ‘lintar pintas’ barangkali dan ada bahan bakar iaitu rumah korang sendiri, maka untuk padamkan api, korang kena hilangkan salah satu dari 3 faktor di atas..

1.Hilangkan Oksigen dengan sembur gas lain atau serkup sehingga tiada oksigen..
2.Hilangkan Haba dengan siram air…, sejukkan persekitaran.
3.Hilangkan Bahan bakar…biasanya dah jadi abu baru hilang bahan bakar..
(dan semua itu berlaku dengan izin Allah..)

Persoalannya di sini, bagaimana Api neraka membakar dan bagaimana memadamkan api neraka?

..........
........
...

Entry aku di bawah : tiada jawapan di atas, bermakna korang kena rujuk ustaz dan kitab, mungkin juga korang boleh rujuk ahli bomba yang alim dan faham ugama…, kalau korang takde kerja, boleh baca entry aku kat bawah yang di tulis untuk sahabat muslim,...

Pada suatu hari, ketua segala malaikat telah menderhaka kepada Allah, lalu Allah melaknatnya dan menjadilah ia sebagai iblis, dek lantaran keengganannya mengakui akan kemulian manusia adalah lebih mulia dari dirinya…

Maka bermulalah era kewujudan iblis dan syaitan, lalu ia memohon doa panjang umur dan bersumpah akan menjadikan manusia juga ‘iblis’ sepertinya…

Kemudian, sebagai balasan untuk iblis dan syaitan, kelak, Allah akan menciptakan
"Neraka" yang dahsyat membakar…., membakar iblis laknatuAllah sampai bila-bila..

Dan ketahuilah akan "bahan bakar" api neraka adalah manusia….

Dan mereka yang kafir akan kekal sebagai bahan bakar api neraka membakar syaitan durjana buat selama-lamanya, kekal abadi, No way out, No time limit, never die and forever in time…also never ending story-bad ending!!!

Moral : janganlah jadi bahan bakar api Neraka!!!!

…..

Hujung tahun lalu 2006 aku berjumpa dengan seorang yang kebetulan abang kepada adik ipar aku sendiri, orang Sabah, berugama kristian, isterinya berugama budha…
Kebetulan waktu tu masih pagi, maka borak-boraklah kami di kedai kopi, ajak minum dan mulalah berborak borak…santai..hehehee...

Mula mula cerita pasal kerjaya beliau, lepas tu pasal keluarga, serta adik lelakinya yang baru terbunuh kemalangan jalanraya, and then about, movie, sukan, politik, isu semasa bla bla bla, sehinggalah last baru masuk bab ugama, kepercayaan pada yang ghaib, kemayatan dan next life…

Dia kata: sewaktu bekerja di Algeria, dia selalu bagi salam kat orang islam, dan katanya orang islam kat sana jawab dan melayan dia dengan baik, tapi kat Sabah dll kawa dlm mesia ni katanya, bila dia bagi salam, ada orang caci dan kata dia hina ugama dan doa dia mendapat kecelakaan, bila dia buat open house hari raya, orang islam tak datang (termasuk aku) bla bla bla bla…

Nota; dia cakap english, oleh kerana I’m looking so stupid when writing in inglish, I think, I’m also looking soooooooo stupid when translate bla bla bla..

Aku bersangka baik, mungkin Algeria punya orang sangka dia muslim sebab rupa mamat Sabah lebih kurang jugak pendekar cerita melayu.., dan mungkin Algeria punya orang jawab bukan “waialakumusalam” tapi di jawab “wailakumusam” atau lain – lain so sound arabic…, berkenaan orang islam tak pergi beraya pula aku rasa mungkin orang islam perasan sibuk jer.., termasuk aku!!

Sebenarnya aku nak salahkan korang orang islam terus tak boleh jugak, sebab dalam bulan puasa yang tahun 2005 ketika aku solat tarawikh di sebuah masjid yang aku nyatakan di....(akulah lelaki beriman akhir zaman hehehe..), ada pulak sedikit tazkirah sebelum solat witir, dan ustaz tu bercerita tentang ‘deeparaya’, antara penekanan yang ustaz tu bagitahu adalah :

-Tak boleh ucap selamat kat perayaan orang kafir ( sedih aku lepas ni takleh nak wish kat kawan-kawan aku yang dok di Jepun dan Korea tuh..)
-Tak boleh jawab salam kat orang kafir
-Tak boleh ziarah rumah orang kafir
-Tak boleh makan masakan orang kafir
-Tak boleh kahwin dengan orang kafir
-Tak boleh beli barang kat kedai orang islam yang untungnya bagi kat orang kafir
-Tak boleh itu dan tak boleh ini..

Aku yang mendengar, mungkin tak jelas dan tak paham, tapi bagi aku, ada yang betul dan ada yang takut salah paham…, iaitu bab salam, ziarah dan makan…

Lalu aku yang jahil bab ugama ini dan juga looking so stupid when explain about Islam, bagitahu lebih kurang ikut ilmu aku yang pernah aku belajar, lepas tu ingat-ingat lupa dan memang tak tahu langsung ambik kat kitab mana?, muka surat berapa?, berapa harga, diameter persegi bla bla bla…

Aku kata:
Tak de hukum yang kata haram atau tak boleh jawab salam dari seorang yang kafir, menurut ustaz aku dulu(aku mulai pindahkan kesalahan ke bahu ustaz ..oh), Cuma tak di galakkan dan tak perlu…, dan takde perintah pulak kita bagi salam kat mereka.., Cuma jangan mendahului mereka dalam bagi salam, kalau nak jawab, jawablah :"Wa ‘alaikum!" (Semoga anda juga).

Namun, di waktu yang lain, sebenarnya kita orang islam di perintah untuk doa kebaikan untuk mereka agar dapat hidayat, Nabi Muhammad SAW sendiri, hari hari mintak orang kafir dapat hidayat masuk islam…., sampai nangis-nangis.

Aku pernah baca satu kitab jilid satu yang bertajuk “Sunan Abi Daud’..yang mengisahkan cerita Nabi Muhammad SAW telah di ucap salam oleh orang kafir yang bermaksud kecelakaan dan makian (aku lupa, tapi lebih kurang begitu), lalu isteri Nabi (Aisyah r.a) yang ada di sisi nabi SAW pada waktu itu marah lalu menjawab salam dalam bentuk doa kecelakaan juga, lalu di tegur oleh Nabi Muhammad SAW dan menasihati Aisyah r.ha dengan bersabda, lebih kurang maksud:

“Aku tidak di hantar untuk mendoakan kecelakaan untuk ummatku”

Satu lagi cerita, dalam perang Uhud Nabi SAW telah di serang dengan dahsyat sehingga gigi baginda patah dan badan luka-luka, sebaik habis perang seorang sahabat memberi cadangan supaya Nabi Muhammad SAW mendoakan kecelakaan untuk kaum kafir, maka jawapan yang sama dari Nabi Muhammad SAW, lebih kurang maksud:

“Aku tidak di hantar untuk mendoakan kecelakaan untuk ummatku”

Korang paham maksud aku?

Kerana itulah aku yang mudah marah ni, angin satu badan bila dengar ceramah yang menyuruh kita doa celaka kat orang kafir, doa mereka menjadi bahan bakar api neraka, dan lebih teruk! Doa orang islam sendiri masuk neraka, doa laknat merata rata, suka hati korang sahaja, perasan masuk syurga dan semua orang lain masuk neraka,!!!

Suka hati nafsu korang jer, mintak Allah jadikan hamba Allah yang lain bahan bakar api neraka!!

Lepas tu pulak buat fatwa, haram pergi rumah orang kafir, pergi jamuan ke, pergi beraya ke, pergi ziarah ke, bla bla bla..

Tahukah korang?, jika orang kafir sakit dan korang ziarah dia, suap ubat, tolong apa yang patut, bermakna, korang telah berjaya amalkan satu sunnah Nabi yang besar dan layak mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid,?
(Sebab masa aku keje dulu, aku duduk dengan kaum kafir, aku tau laa..hik..hik..hik..)
Sepanjang korang duduk berjiran dengan orang kafir, ada korang ziarah dia sakit?,huh! langsung tak peduli, lepas tu doa mereka pergi mampus….dan yang lebih dahsyat, rumah orang islam sendiripun tak pergi, bergaduh konon, parti berbeza, penyokong bola sepak berbeza bla bla bla, 3 hari tak bertegur sape, layak jadi bahan bakar api neraka!!

Pasal pergi beraya atau open hause rumah orang kafir tak boleh kerana membenarkan ugama mereka, apahal pulak? - pergilah dengan niat dakwah, tunjuk akhlak yang baik,

Yang tak boleh pergi kerana takde niat dakwah dan tak pernah berdakwah pada orang kafir, malah selalu doa laknat kat orang kafir, lebih baik balik kampung mengimarahkan masjid…
Sekian..

Mengakhiri post ini.., aku bagi korang satu teka teki..

Apakah ia?
Setiap orang ada,
Kadang-kadang panjang,
Kadang-kadang pendek,
Kadang-kadang basah,
Kadang-kadang kering.

Apakah ia?

Jawapan; Doa.

Selamat berdoa..(insaf)

Dan tuhan tak perlu tunjukkan Zatnya untuk yakinkan manusia.. kerana Tuhan telah mencipta otak untuk manusia berfikir…dan setiap otak adalah mampu menerima kehadiran Tuhan.. dan setiap hati yg kecil itu mampu diduduki tuhan…

Hebatnya Allah, hingga hati yang kecil itu mampu di letakkan seluruh kebesaran Allah, dan apabila Allah berada dalam hati.. maka bila nak mati kelak..akan keluarlah kalimah Allah di mulut… apa yang ada dalam hati, itulah yang akan keluar di mulut..

Botol kicap pecah keluar kicap..
Botol sos pecah keluar sos..
Botol minyat urut pecah keluar minyak urut..

Maka orang islam bila nak mati kelak,..
Jika dalam hati ada cinta makhluk, maka kalimah makhluklah yang akan terpancul di bibirnya..

Seperti Melur dalam cerita Hang tuah yg dilembing menjerit “hang Tuah”…
sekiranya Allah berada dalam hatinya.. maka Kalimah Allahlah yang terpancul di bibirnya..seperti para sahabat…Nabi saw..

Dan siapa akhir kalam dia dapat ucap kalimah Tauhid..maka wajib syurga untuknya, walaupun dia seorang kafir atau aetis!!!

Nota: cuba rujuk pengalaman menyaksikan org islam yang mati masing-masing, ada antara mereka yang dapat sebut nama Allah sebelum mati?

(tapi dlm cerita hang jebat..hang jebat mati dengan mengucapkan kalimah tauhid…!)

Ada hamba Allah yang tidak percaya dengan kewujudan Tuhan.. dalilnya, kenapa Allah tak selamatkan budak-budak kecil dari keganasan.., mengapa orang jahat kaya raya..!!!

Aku kata:
Allah tak perlu selamatkan budak tu untuk buktikan kewujudanNYA..

Allah tak perlu miskinkan orang jahat untuk buktikan kewujudanNYA..

Allah tak perlu matikan serta merta orang yang murtad untuk buktikan kewujudanNYA..

Allah tak perlu turunkan malaikat dan buat penerangan untuk buktikan kewujudanNYA..

Kerana Allah dah bagi otak dan akal dan hati untuk manusia berfikir..
Aku nak tanya lah sikit pada golongan aetis..

Kalau korang jalan-jalan dan jumpa dengan tapak kaki lembu.. adakah korang yakin bahawa tapak kaki itu wujud dengan sendiri?

Atau kalau korang jalan-jalan dan jumpa satu rumah buruk… adakah korang yakin jika aku katakan bahawa satu waktu dulu ada orang yang bina rumah itu, atau rumah itu jadi sendiri?

Atau kalau korang jalan-jalan dan jumpa tompok tompok najis binatang.. adakah najis itu datang tanpa bontot?

Tak payah jawab pun..sebab korang dah ada otak, boleh fikir sendiri..

Dan satu lagi,
Siapakah yang buat keputusan langit itu berwarna biru?

Siapakah yang buat keputusan daun pokok itu berwarna hijau?

Siapakah yang buat keputusan gula itu rasanya manis?

Siapakah yang buat keputusan jari manusia ada lima?

Siapakah yang buat keputusan bayi keluar dari kemaluan?

Siapakah yang buat keputusan waktu korang jadi mayat?

Tak payah jawab pun..sebab korang dah ada otak, boleh fikir sendiri.., nak jadi bahan bakar api neraka atau nak jadi pemuas nafsu bidadari?

Sekian…(macam bagus aku ni-oh...)


Ps: yang tak boleh doa kebaikan kat orang kafir adalah apabila tiba hari di akhirat kelak, bila korang dah masuk syurga (semoga aku termasuk), maka haram korang doa orang kafir masuk syurga, kekallah mereka sebagai bahan bakar api neraka membakar iblis dan sekutunya.., sebelum mereka dan korang jadi mayat, berdoalah hidayat untuk mereka, jangan lupa doa aku yang tak kafir ini sekali!!!

MAJUKAN DUNIA ISLAM ???

Bro !, walaupun bro sibuk galakkan orang ingat kepada akhirat dan mayat, tapi bro jangan lupa pula pada dunia, dan pada kebahagian di dunia ini …

Kerana pesan nabi:
“Beramallah kamu sebanyak2nya seolah2 kamu akan mati esok, berusahalah kamu menghimpun kekayaan seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi…”

“Dan sebaik2nya tinggalkan kekuatan kepada zuriat dan keturunanmu sblm kamu menginggalkan dunia ini.. “

Apa kata jika bro tulis pula tentang bagaimana memajukan dunia dari segi islam?

Sekian..

“Fa-iza ‘azam tafatawakkal ‘allALLAH..”
Maka apabila kamu berazam, maka hendaklah kamu bertawakal kpd ALLAH..

Halaman web saya:( telah di delete)

----------------

*****

Comment :

Mmmmmm…

Aku tak pandai sangat sebenarnya bila nak cerita pasal memajukan dunia(kononnya), dan apatah lagi tentang akhirat..oh! aku tak pandai pun..isk..isk.

Maklumlah, untuk bina tembok besar cina yang boleh tengok dari satelit, Allah tak perlu hantar walaupun seorang Nabi, tapi untuk bina IMAN dalam hati manusia, Allah hantar 124 ribu para Nabi dan rasul…

Cuma.., ehem, ehem, .. aku nak jawab gak berkenaan komen kau tentang hadith kat atas tu, “Beramallah kamu sebanyak2nya seolah2 kamu akan mati esok, berusahalah kamu menghimpun kekayaan seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi…

ada orang kata hadith tu hadith daif, dan ada jugak orang kata hadith tu palsu, dan ada pulak yang kata hadith tu hadith melayu..

Aku bukan pakar hadith, tak pandai, aku try tanya ustaz pulak, maka ada yang kata hadith tu adalah pepatah arab yang di keluarkan oleh saidina Ali r.a..

Wallahu’alam, aku jahil lagi hina, maafkan aku..

Jadi.., bila berbalik pada hadith yang kau gunakan itu. Aku ada tafsir sendiri ‘hadith’ tu untuk aku guna pakai dalam kehidupan aku sendiri dan aku mengalakkan ahli keluargaku tafsir begini:

“Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok,”

Maknanya,:
Aku dah nak jadi mayat esok, maka aku tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika aku dengar azan, maka aku kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, insyAllah..

next,
“Berusahalah kamu menghimpun kekayaan seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi…”

Maknanya:
Jika dah memang aku ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka aku kena relexs dan bersabar jika kerja dunia aku tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana aku ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he..

Kesimpulannya,

jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,
Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh
(aku ler nir..isk..isk..)

Ingat nie:
Sepohon kayu daunnya rimbung,
Lebat buahnya serta bunganya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya??

c/o ulang korus sampai kerajaan umumkan tarikh pihanraya..

Sekian..

Ps: Kalau sentiasa melengahkan solat? Apa gunanya menjadi mayat???

Derma Bukan Sekadar WANG

Setiap manusia sejak azali telah dikurniakan sifat "insani" seperti kehendak untuk mengambil berat, membimbing, menunjuk ajar, menghargai dan dihargai, bergotong royong dan juga sifat bekerjasama.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
" Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia
cintai untuk dirinya. "
( Hadis Riwayat Bhukari & Muslim )

Menderma bukan sekadar memberi orang miskin dan mereka yang ditimpa musibah wang, material atau bantuan diperlukan tetapi juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti menganjurkan aktiviti berfaedah kepada masyarakat atau remaja atau juga membina rumah kepada mereka yang hidup sebatang kara.

Sumbangan atau juga Infaq yang dilakukan sewajarnya atas niat kerana ALLAH dan ikhlas memberi pertolongan.