Tuesday, March 6, 2007

APPROACH DAKWAH KEPADA ORANG MUDA

Satu pandangan jujur menarik golongan muda mendekati ajaran agama

Mengapa golongan muda muslim sekarang agak luntur pegangan agama ?
Mengapa golongan muda muslim menganggap agama islam itu memisahkan mereka
dari kehidupan seharian mereka ?
Mengapa agama islam itu dilihat sebagai sangat membebankan dan menyusahkan
kehidupan mereka ?
Mengapa golongan muda ini lebih gemar menerima budaya luar terutamanya budaya
barat atau budaya Kristian yang mereka anggap leibh moden, tolerensi dan terkini?

Sebabnya…!
Maybe..! @ mungkin kerana golongan muda ini merasakan kehidupan menurut pandangan islam itu terlalu mengongkong dan menyekat kebebasan mereka. Gambaran yang mereka perolehi mengenai kehidupan islam melalui ceramah, majlis ilmu, syarahan agama, buku dan risalah-risalah amatlah membosankan serta tidak menarik, kadangkala amat menakutkan.

Mereka merasakan apa yang diperolehi dari input ceramah, syarahan samada dari orang agama maupun orang yang cenderung kepada politik lebih kepada bentuk larangan termasuklah cara berpakaian, pemakanan, persekitaran, serta balasan terhadap perbuatan melanggar agama dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalamnya.

Namun pada hakikatnya agama islam bukan setakat peraturan mahupun larangan, malah perkara yang dibolehkan sebenarnya lebih banyak daripada yang diharamkan
Perkara inilah yang sepatutnya ditekankan oleh para profesional agama, orang - orang alim, ulama serta cendikiawan islam bukannya menakut-nakutkan belia islam yang masih muda remaja. Kata orang tua yang masih belum kurang makan garam..
Kerana itulah golongan terbesar dalam kelompok penduduk Malaysia ini mudah dan senang dipengaruhi dengan persekitaran mereka. Jika ada agenda hiburan, hiburanlah ikutan mereka, jika ada agenda seronok-seronok melepak di pasaraya , melepaklah mereka, dan apa-apa lagilah yang sering mengamit perhatian kelompok mereka itu., belum lagi budaya berkedai kopi di kafe-kafe siber.
Kita tidak selayaknya menyalahkan mereka itu yang terdorong dengan budaya seperti begitu, kerana dunia pada hari ini adalah dunia yang sangat bebas tanpa sempadan, dibantu dengan kemajuan sains dan teknologi.
Apa yang boleh kita lakukan ialah memberikan penjelasan dan kefahaman sebenar mengenai agama islam agar umat islam tidak tergelincir dalam kehidupan bukan hanya menakut-nakutkan mereka mengikut kefahaman agama kepada mereka, jika standard itu yang diberikan, nescaya mereka akan lebih jauh menutup pintu kepada dakwah dan agama, menutup pintu agama didalam hati-hati mereka.
Ilmu-ilmu islam haruslah diajar supaya tidak kelihatan "kolot" , out of date, dari pandangan mereka. Apa salahnya menyumbang dakwah dalam bentuk yang melibatkan kemahiran teknologi sains , IT agar apa yang dihidangkan kepada golongan ini sekurang-kurangnya setaraf atau lebih tinggi persepsi mereka dari apa yang medium hiburan berikan kepada mereka. Maaf kerana agak beremosi di prasa ini kerana
telah mejadi kecenderungan golongan ini menjadikan hiburan sebagai instrumen ikutan mereka sekarang.
Adakah kita pernah terfikir, mengapa agenda hiburan sanggup mengorbankan jutaan ringgit bagi tujuan penganjuran program mereka ? Tentulah bagi menarik golongan sasaran agar teruja dan kagum seterusnya menjadikan objek tersebut sebagai ikutan dan sebagai petunjuk tanda aras kemajuan diri mereka gar tidak dikatakan kolot.
Tetapi bagi menganjurkan program atau agenda dakwah, sukarnya mencari peruntukan dan dana dan jika ada pun bolehlah dianggap "ciput", dengan peruntukan yang ciput itulah agenda dakwah akan dihidangkan kepada golongan ini dengan niat menarik golongan tersebut mencintai agama..alahai…
Sebab itulah agenda dakwah yang dijalankan di masjid-masjid atau surau, kemarau jemaah berlaku, kurang sambutan, serta kehadiran yang ciput juga terhidang kepada pendakwah-pendakwah. Kenapa?
Ini bukanlah bermakna kita harus mewujudkan pertunjukan laser atau acara yang hebat-hebat dengan kehadiran artis-artis hiburan sebelum bermulanya majlis ilmu atau dakwah kepada golongan itu ? Tidaklah sampai ke tahap itu..dan jikapun ia dilakukan , bukan menarik mereka ..sudahnya mereka akan lari jauh-jauh kerana merasa termalu kepada institusi yang mulia itu…bisik mereka mungkin..ape ke jadahnyer jadi macam tu plak…konpius!
Saranan disini, mengapa tidak digunakan instrumen terkini seperti penggunaan skrin layar didalam masjid atau surau sebagai alat bantuan dakwah, penggunaan taknologi ini sedikit sebanyak membuka mata golongan muda dan masyarakat untuk lebih terpegun dan teruja seterusnya mendorong mereka agar sentiasa setia menanti majlis ilmu yang seterusnya di masjid atau surau. Peruntukan tersebut tak salah jika pihak BaitulMal
sendiri atau Pejabat Agama dapat menyediakan instrumen itu bagi tujuan kegunaan pendakwah serta ustaz ustaz yang terlibat. Tapi jika ia diberikan kepada para ustaz-ustaz atau pendakwah yang pada waktu yang sama kemahiran itu bukan dibidang mereka, jadi katun pulak majlis tersebut. Maka disinilah permulaan bagi golongan muda yang berpengetahuan atau berilmu dan mempunyai kepakaran terlibat secara langsung.
Alangkah hebatnya majlis ilmu yang dibantu oleh instrumens berteknologi bagi mengembang ilmu dakwah kepada hadirin dan masyarakat, disertai pula oleh krew orang-orang muda yang menjadi nadi perkongsian program itu sebagai satu "teamwork" . Hebat…rasanya jika cadangan ini diterima atau tidak terlepas pandang biarlah saya yang merealisasikan sebagai yang pertama. Secara ringkasnya setiap apa yang mahu didakwahkan biarlah dibuat sedikit homework, jika mampu lakukan sedikit tinjauan video di kawasan qariah, dan dipaparkan di skrin layar sewaktu majlis ilmu berlangsung, serta dikaitkan dengan ilmu yang mahu dibincangkan. Gamitlah
orang-orang muda ini melalui edaran pamplet dan poster majlis ilmu di setiap qariah, atau hebahkan ianya dilaman laman web masjid atau surau agar informasi sampai kesetiap ruang masyarakat seterusnya majlis ilmu atau program itu tidak lesu , hambar dan kemarau manusia.
Mnegapa tidak kita terangkan kepada mereka, jika mereka suka bergaya, mereka boleh teruskan asalkan tetap menutup auratcdan faham pengertian aurat itu bagi lelaki dan perempuan. Mungkin boleh juga menyentuh perkara bahawa islam tidak melarang berkawan antara lelaki dan perempuan tetapi batasnya hendaklah dijaga dari sudut batas pergaulan, contohnya tidak boleh duduk atau berkurung berdua-duaan dengan bukan muhrim mahupun bersentuhan. Dari situ mereka akan faham bahawa islam tidak melarang sama sekali apa yang mereka gemar lakukan tetapi ada peraturan yang mesti diikuti kerana islam itu sendiri adalah agama fitrah.
Fitrah manusia sukakan keindahan dan kecantikan, kehidupan yang selesa didunia, harta kekayaan, kenderaan mewah perhiasan dan berpasangan. Golongan agama juga tidak wajar mengutuk sebarang budaya luar yang diluar agama islam sewenang-wenangnya. Kita haruslah dapat membezakan antara perkara baik untuk diikuti dan patut dijauhi.
Contohnya di Jepun atau juga di Barat mereka sangat menghormati masa dan sebarang temu janji mahupun masyuarat akan berjalan mengikut waktu yang ditetapkan dan dihadiri cukup bilangan ahlinya. Tiada istilah "janji melayu" yang
ada disini dimana terlambat 5 atau 10 minit menghadiri temu janji dikira biasa. Budaya menghormati seseorang, bertegur sapa dan bertanya khabar biarpun kepada mereka yang tidak pernah dikenali, menjaga kebersihan, perkara ini tidak
salah diikut kerana ia selari dengan kehendak agama islam itu sendiri.
Bagaimanapun budaya yang menyentuh kepada kebebasan individu yang mutlak, bersekedudukan, kehidupan yang berpaksikan kepada hawa nafsu syahwat semata-mata sehinggakan yang berkahwin pun bebas memuaskan nafsu mereka dengan orang lain haruslah ditegah dan dielakkan kerana ia bertentangan sama sekali dengan agama kita.
Mungkin ada yang seronok dan ketawa kuat seperti di dalam program Raja Lawak Astro bila membaca rumusan satu kajiselidik yang dijalankan oleh seorang profesor di Uniten yang menjelaskan bahawa 10 responden hanya 1 orang yang masih berjaya menjaga kehormatan dirinya berkaitan zina akibat pergaulan bebas remaja.
Apa ke jadahnyer?.....
Menakutkan?...maunyer tak takut , lebih-lebih lagi kita yang dah ada anak-anak remaja perempuan…! Tak tahulah jika ada "parents" yang membaca hasil akhir kaji selidik tersebut hanya sekadar buat dekkk…aje…macam baca iklan mencari jodoh didalam kolum akhbar….., ini kerana kurangnya dakwah yang berkesan kepada kelompok
sasaran seperti itu.
Allah menetapkan institusi perkahwinan itu sebagai satu saluran kepada nafsu syahwat manusia dan zina dilarang kerana ia akan merosakkan keutuhan kemanusiaan itu sendiri.
Cabaran agama islam dapat disampaikan kepada semua lebih pentinh pada masa sekarang dengan anak muda kita ramai yang sudah terjebak dengan gejala tidak sihat seperti merempit, menghisap ganja, maksiat dan murtad.
Mereka ini seolah-olah hanyut di dunia mereka sendiri tanpa mempedulikan batasan agama dan kita tidak dapat menyalahkan mereka 100 peratus tanpa sikap dan usaha kita membangunkan wacana dakwah melalui pendekatan berteknologi yang mampu menarik minat mereka hadir ke majlis ilmu agama.
Cuba kita perhatikan cara penyampaian majlis ilmu agama dan khutbah jumaat, masih dengan cara yang sama 30 tahun dulu jika mengikut umur saya sekarang, tiada perubahan dan pembaharuan mahupun mengikuti perkembangan semasa. Menjadi gambaran biasa melihat ada yang tidur atau menjadikan masa tersebut masa merehatkan mata
semasa berlangsung kuliah ilmu atau kutbah. Seperti yang saya jelaskan di awal blog ini apa salahnya membuat sedikit "homework" bersama "teamwork" yang dibentuk bagi melengkapkan hujah-hujah semasa sewaktu khutbah dilangsungkan menggunakan instrumen teknologi tersebut…, tak salah malah terkedu juga bila terbaca masih banyak
dana di BaitulMal tidak dapat digunakan kerana ketandusan idea untuk menyalurkannya bagi kepentingan agama.
Berbeza dengan paderi Kristian, mereka memberi ceramah atau khutbah dengan cara yang terancang sehingga orang yakin akan kata-kata mereka. Saya mengambil contoh dekat dan dikawasan saya, dan kebetulan premis saya digunakan oleh sebuah syarikat industri sebagai tempat tinggal (hostel) bagi pekerja perempuan mereka, khalayak tahukah bagaimana agenda gereja menjalankan dakwah mereka ?
(Premis saya tersebut telah disewa oleh syarikat berkenaan sejak 3 tahun sehingga sekarang) bagi menempatkan pekerja mereka lebih kurang 300 orang yang berbilang agama ( Kristian,Islam dan aetis )
Setiap minggu 3 kali pengangkutan gereja menjemput mereka hadir ke sesi dakwah mereka di gereja, bukan saja penganut Kristian diangkut, yang Islamnya cetek , aetis lagi lah…diangkut ke sana, malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa terdapat pekerja islam mereka juga turut serta ke gereja kerana tarikan agenda mereka )
ini…kes sensitif…tapi saya terdorong berkata demikian kerana tiadanya program yang serupa dilakukan oleh pendakwah kita kepada golongan pekerja asing ini..kerana sikap selesa kita sekarang !
Malah penganut Kristian ini juga turut berdakwah kepada rakan mereka di asrama sudah tentu kepada rakan aetis dan islam …
Paderi juga dikhabarkan menunggu kedatangan hadirin di pintu gereja seperti menghormati tetamu, selesai majlis mereka tunggu lagi di pintu bagi mengucapkan selamat, bertanya khabar, dan sering menawarkan pertolongan . Adakah pendakwah-pendakwah kita melakukannya demikian?
Saya yakin ramai orang terutamanya golongan muda yang akan ditarik ke masjid jika kita melakukan sedemikian.
Mengapa kita tidak lakukan satu agenda besar di lapangan rekreasi bandar di daerah kita untuk kita jadikan pentas dakwah yang berterusan bagi menarik minat golongan tersebut menyintai agama. Tentu boleh jika tidak banyak karenah birokrasi dan ada penglibatan serius dari pihak yang perlu terutamanya Pejabat Agama daerah
sendiri. Agendakan majlis itu secara awam dan kekeluargaan dan dilakukan setiap malam minggu ketika ramai orang muda kita berkumpul disitu sebelum mereka merempit atau apa-apa lagi…sekurangnya itu adalah tempat paling dominan bagi menjelaskan ilmu-ilmu dakwah secara terancang. Hebatkan…!
Profesional Islam dan golongan alim, ulama dan ustaz-ustaz juga disarankan turun padang bersama-sama membantu masyarakat. Berbagai-bagai acara perlu dirancang secara terancang dan berterusan untuk mendekatkan masyarakat dengan kegiatan dan majlis yang bercorak islam.
Dengan cara itu golongan muda akan melihat profesional muslim ini adalah kelompok yang mudah didekati dan bukan sekadar hanya memberi syarahan di masjid. Diharap dengan cara ini mereka akan lebih terbuka untuk berkongsi fikiran dan permasalahan mereka.

Jika dilihat sekarang bermacam-macam bencana alam yang berlaku, cuaca dunia kian tidak menentu. Apabila maksiat tidak terbendung dan kerakusan manusia mencemar alam semulajadi, maka akan datanglah bala Allah seperti banjir besar, wabak penyakit menular, dan terkini kemarau berpunca dari fenomena El-Nino.
Apabila bencana berlaku , ia akan meliputi semua makhluk samada yang beriman atau tidak, inilah iktibar yang didapati pada zaman beberapa Nabi seperti Nuh, Hud dan Musa. Oleh itu renungkanlah bahawa setiap ujian dan dugaan ini adalah peringatan dari Allah kepada manusia yang berterusan melakukan dosa mahupun kecenderungan menodai kesucian alam ciptaan Ilahi. Sebarang kesilapan dan ketelanjuran perlu diinsafi dan di baiki bagi menyelamatkan kita dan generasi akan datang.

Aminnnn!!!!

No comments: