Sunday, March 4, 2007

MAJUKAN DUNIA ISLAM ???

Bro !, walaupun bro sibuk galakkan orang ingat kepada akhirat dan mayat, tapi bro jangan lupa pula pada dunia, dan pada kebahagian di dunia ini …

Kerana pesan nabi:
“Beramallah kamu sebanyak2nya seolah2 kamu akan mati esok, berusahalah kamu menghimpun kekayaan seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi…”

“Dan sebaik2nya tinggalkan kekuatan kepada zuriat dan keturunanmu sblm kamu menginggalkan dunia ini.. “

Apa kata jika bro tulis pula tentang bagaimana memajukan dunia dari segi islam?

Sekian..

“Fa-iza ‘azam tafatawakkal ‘allALLAH..”
Maka apabila kamu berazam, maka hendaklah kamu bertawakal kpd ALLAH..

Halaman web saya:( telah di delete)

----------------

*****

Comment :

Mmmmmm…

Aku tak pandai sangat sebenarnya bila nak cerita pasal memajukan dunia(kononnya), dan apatah lagi tentang akhirat..oh! aku tak pandai pun..isk..isk.

Maklumlah, untuk bina tembok besar cina yang boleh tengok dari satelit, Allah tak perlu hantar walaupun seorang Nabi, tapi untuk bina IMAN dalam hati manusia, Allah hantar 124 ribu para Nabi dan rasul…

Cuma.., ehem, ehem, .. aku nak jawab gak berkenaan komen kau tentang hadith kat atas tu, “Beramallah kamu sebanyak2nya seolah2 kamu akan mati esok, berusahalah kamu menghimpun kekayaan seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi…

ada orang kata hadith tu hadith daif, dan ada jugak orang kata hadith tu palsu, dan ada pulak yang kata hadith tu hadith melayu..

Aku bukan pakar hadith, tak pandai, aku try tanya ustaz pulak, maka ada yang kata hadith tu adalah pepatah arab yang di keluarkan oleh saidina Ali r.a..

Wallahu’alam, aku jahil lagi hina, maafkan aku..

Jadi.., bila berbalik pada hadith yang kau gunakan itu. Aku ada tafsir sendiri ‘hadith’ tu untuk aku guna pakai dalam kehidupan aku sendiri dan aku mengalakkan ahli keluargaku tafsir begini:

“Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok,”

Maknanya,:
Aku dah nak jadi mayat esok, maka aku tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika aku dengar azan, maka aku kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, insyAllah..

next,
“Berusahalah kamu menghimpun kekayaan seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi…”

Maknanya:
Jika dah memang aku ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka aku kena relexs dan bersabar jika kerja dunia aku tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana aku ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he..

Kesimpulannya,

jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,
Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh
(aku ler nir..isk..isk..)

Ingat nie:
Sepohon kayu daunnya rimbung,
Lebat buahnya serta bunganya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya??

c/o ulang korus sampai kerajaan umumkan tarikh pihanraya..

Sekian..

Ps: Kalau sentiasa melengahkan solat? Apa gunanya menjadi mayat???

No comments: