Sunday, March 4, 2007

Derma Bukan Sekadar WANG

Setiap manusia sejak azali telah dikurniakan sifat "insani" seperti kehendak untuk mengambil berat, membimbing, menunjuk ajar, menghargai dan dihargai, bergotong royong dan juga sifat bekerjasama.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
" Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia
cintai untuk dirinya. "
( Hadis Riwayat Bhukari & Muslim )

Menderma bukan sekadar memberi orang miskin dan mereka yang ditimpa musibah wang, material atau bantuan diperlukan tetapi juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti menganjurkan aktiviti berfaedah kepada masyarakat atau remaja atau juga membina rumah kepada mereka yang hidup sebatang kara.

Sumbangan atau juga Infaq yang dilakukan sewajarnya atas niat kerana ALLAH dan ikhlas memberi pertolongan.

No comments: