Sunday, March 4, 2007

NERAKA dan ISINYA...

"Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh"
(Semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah dianugerahkan Allah kepada kalian)

Hari ni aku nak bercerita pasal seorang kawan yang masa kecil menjadi kawan bila besar menjadi lawan.., secara " basic "nya, untuk menghasilkan api, korang perlu menjadi sembilan naga-tak lawak, untuk menghasilkan api, korang sebenarnya perlu kepada tiga perkara..iaitu:

1.Oksigen
2.Haba.
3.Bahan bakar…

Kalau rumah korang terbakar, ianya berpunca kerana dalam rumah tu ada oksigen (kita sekarang kat planet bumi), ada haba yang berpunca dari ‘lintar pintas’ barangkali dan ada bahan bakar iaitu rumah korang sendiri, maka untuk padamkan api, korang kena hilangkan salah satu dari 3 faktor di atas..

1.Hilangkan Oksigen dengan sembur gas lain atau serkup sehingga tiada oksigen..
2.Hilangkan Haba dengan siram air…, sejukkan persekitaran.
3.Hilangkan Bahan bakar…biasanya dah jadi abu baru hilang bahan bakar..
(dan semua itu berlaku dengan izin Allah..)

Persoalannya di sini, bagaimana Api neraka membakar dan bagaimana memadamkan api neraka?

..........
........
...

Entry aku di bawah : tiada jawapan di atas, bermakna korang kena rujuk ustaz dan kitab, mungkin juga korang boleh rujuk ahli bomba yang alim dan faham ugama…, kalau korang takde kerja, boleh baca entry aku kat bawah yang di tulis untuk sahabat muslim,...

Pada suatu hari, ketua segala malaikat telah menderhaka kepada Allah, lalu Allah melaknatnya dan menjadilah ia sebagai iblis, dek lantaran keengganannya mengakui akan kemulian manusia adalah lebih mulia dari dirinya…

Maka bermulalah era kewujudan iblis dan syaitan, lalu ia memohon doa panjang umur dan bersumpah akan menjadikan manusia juga ‘iblis’ sepertinya…

Kemudian, sebagai balasan untuk iblis dan syaitan, kelak, Allah akan menciptakan
"Neraka" yang dahsyat membakar…., membakar iblis laknatuAllah sampai bila-bila..

Dan ketahuilah akan "bahan bakar" api neraka adalah manusia….

Dan mereka yang kafir akan kekal sebagai bahan bakar api neraka membakar syaitan durjana buat selama-lamanya, kekal abadi, No way out, No time limit, never die and forever in time…also never ending story-bad ending!!!

Moral : janganlah jadi bahan bakar api Neraka!!!!

…..

Hujung tahun lalu 2006 aku berjumpa dengan seorang yang kebetulan abang kepada adik ipar aku sendiri, orang Sabah, berugama kristian, isterinya berugama budha…
Kebetulan waktu tu masih pagi, maka borak-boraklah kami di kedai kopi, ajak minum dan mulalah berborak borak…santai..hehehee...

Mula mula cerita pasal kerjaya beliau, lepas tu pasal keluarga, serta adik lelakinya yang baru terbunuh kemalangan jalanraya, and then about, movie, sukan, politik, isu semasa bla bla bla, sehinggalah last baru masuk bab ugama, kepercayaan pada yang ghaib, kemayatan dan next life…

Dia kata: sewaktu bekerja di Algeria, dia selalu bagi salam kat orang islam, dan katanya orang islam kat sana jawab dan melayan dia dengan baik, tapi kat Sabah dll kawa dlm mesia ni katanya, bila dia bagi salam, ada orang caci dan kata dia hina ugama dan doa dia mendapat kecelakaan, bila dia buat open house hari raya, orang islam tak datang (termasuk aku) bla bla bla bla…

Nota; dia cakap english, oleh kerana I’m looking so stupid when writing in inglish, I think, I’m also looking soooooooo stupid when translate bla bla bla..

Aku bersangka baik, mungkin Algeria punya orang sangka dia muslim sebab rupa mamat Sabah lebih kurang jugak pendekar cerita melayu.., dan mungkin Algeria punya orang jawab bukan “waialakumusalam” tapi di jawab “wailakumusam” atau lain – lain so sound arabic…, berkenaan orang islam tak pergi beraya pula aku rasa mungkin orang islam perasan sibuk jer.., termasuk aku!!

Sebenarnya aku nak salahkan korang orang islam terus tak boleh jugak, sebab dalam bulan puasa yang tahun 2005 ketika aku solat tarawikh di sebuah masjid yang aku nyatakan di....(akulah lelaki beriman akhir zaman hehehe..), ada pulak sedikit tazkirah sebelum solat witir, dan ustaz tu bercerita tentang ‘deeparaya’, antara penekanan yang ustaz tu bagitahu adalah :

-Tak boleh ucap selamat kat perayaan orang kafir ( sedih aku lepas ni takleh nak wish kat kawan-kawan aku yang dok di Jepun dan Korea tuh..)
-Tak boleh jawab salam kat orang kafir
-Tak boleh ziarah rumah orang kafir
-Tak boleh makan masakan orang kafir
-Tak boleh kahwin dengan orang kafir
-Tak boleh beli barang kat kedai orang islam yang untungnya bagi kat orang kafir
-Tak boleh itu dan tak boleh ini..

Aku yang mendengar, mungkin tak jelas dan tak paham, tapi bagi aku, ada yang betul dan ada yang takut salah paham…, iaitu bab salam, ziarah dan makan…

Lalu aku yang jahil bab ugama ini dan juga looking so stupid when explain about Islam, bagitahu lebih kurang ikut ilmu aku yang pernah aku belajar, lepas tu ingat-ingat lupa dan memang tak tahu langsung ambik kat kitab mana?, muka surat berapa?, berapa harga, diameter persegi bla bla bla…

Aku kata:
Tak de hukum yang kata haram atau tak boleh jawab salam dari seorang yang kafir, menurut ustaz aku dulu(aku mulai pindahkan kesalahan ke bahu ustaz ..oh), Cuma tak di galakkan dan tak perlu…, dan takde perintah pulak kita bagi salam kat mereka.., Cuma jangan mendahului mereka dalam bagi salam, kalau nak jawab, jawablah :"Wa ‘alaikum!" (Semoga anda juga).

Namun, di waktu yang lain, sebenarnya kita orang islam di perintah untuk doa kebaikan untuk mereka agar dapat hidayat, Nabi Muhammad SAW sendiri, hari hari mintak orang kafir dapat hidayat masuk islam…., sampai nangis-nangis.

Aku pernah baca satu kitab jilid satu yang bertajuk “Sunan Abi Daud’..yang mengisahkan cerita Nabi Muhammad SAW telah di ucap salam oleh orang kafir yang bermaksud kecelakaan dan makian (aku lupa, tapi lebih kurang begitu), lalu isteri Nabi (Aisyah r.a) yang ada di sisi nabi SAW pada waktu itu marah lalu menjawab salam dalam bentuk doa kecelakaan juga, lalu di tegur oleh Nabi Muhammad SAW dan menasihati Aisyah r.ha dengan bersabda, lebih kurang maksud:

“Aku tidak di hantar untuk mendoakan kecelakaan untuk ummatku”

Satu lagi cerita, dalam perang Uhud Nabi SAW telah di serang dengan dahsyat sehingga gigi baginda patah dan badan luka-luka, sebaik habis perang seorang sahabat memberi cadangan supaya Nabi Muhammad SAW mendoakan kecelakaan untuk kaum kafir, maka jawapan yang sama dari Nabi Muhammad SAW, lebih kurang maksud:

“Aku tidak di hantar untuk mendoakan kecelakaan untuk ummatku”

Korang paham maksud aku?

Kerana itulah aku yang mudah marah ni, angin satu badan bila dengar ceramah yang menyuruh kita doa celaka kat orang kafir, doa mereka menjadi bahan bakar api neraka, dan lebih teruk! Doa orang islam sendiri masuk neraka, doa laknat merata rata, suka hati korang sahaja, perasan masuk syurga dan semua orang lain masuk neraka,!!!

Suka hati nafsu korang jer, mintak Allah jadikan hamba Allah yang lain bahan bakar api neraka!!

Lepas tu pulak buat fatwa, haram pergi rumah orang kafir, pergi jamuan ke, pergi beraya ke, pergi ziarah ke, bla bla bla..

Tahukah korang?, jika orang kafir sakit dan korang ziarah dia, suap ubat, tolong apa yang patut, bermakna, korang telah berjaya amalkan satu sunnah Nabi yang besar dan layak mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid,?
(Sebab masa aku keje dulu, aku duduk dengan kaum kafir, aku tau laa..hik..hik..hik..)
Sepanjang korang duduk berjiran dengan orang kafir, ada korang ziarah dia sakit?,huh! langsung tak peduli, lepas tu doa mereka pergi mampus….dan yang lebih dahsyat, rumah orang islam sendiripun tak pergi, bergaduh konon, parti berbeza, penyokong bola sepak berbeza bla bla bla, 3 hari tak bertegur sape, layak jadi bahan bakar api neraka!!

Pasal pergi beraya atau open hause rumah orang kafir tak boleh kerana membenarkan ugama mereka, apahal pulak? - pergilah dengan niat dakwah, tunjuk akhlak yang baik,

Yang tak boleh pergi kerana takde niat dakwah dan tak pernah berdakwah pada orang kafir, malah selalu doa laknat kat orang kafir, lebih baik balik kampung mengimarahkan masjid…
Sekian..

Mengakhiri post ini.., aku bagi korang satu teka teki..

Apakah ia?
Setiap orang ada,
Kadang-kadang panjang,
Kadang-kadang pendek,
Kadang-kadang basah,
Kadang-kadang kering.

Apakah ia?

Jawapan; Doa.

Selamat berdoa..(insaf)

Dan tuhan tak perlu tunjukkan Zatnya untuk yakinkan manusia.. kerana Tuhan telah mencipta otak untuk manusia berfikir…dan setiap otak adalah mampu menerima kehadiran Tuhan.. dan setiap hati yg kecil itu mampu diduduki tuhan…

Hebatnya Allah, hingga hati yang kecil itu mampu di letakkan seluruh kebesaran Allah, dan apabila Allah berada dalam hati.. maka bila nak mati kelak..akan keluarlah kalimah Allah di mulut… apa yang ada dalam hati, itulah yang akan keluar di mulut..

Botol kicap pecah keluar kicap..
Botol sos pecah keluar sos..
Botol minyat urut pecah keluar minyak urut..

Maka orang islam bila nak mati kelak,..
Jika dalam hati ada cinta makhluk, maka kalimah makhluklah yang akan terpancul di bibirnya..

Seperti Melur dalam cerita Hang tuah yg dilembing menjerit “hang Tuah”…
sekiranya Allah berada dalam hatinya.. maka Kalimah Allahlah yang terpancul di bibirnya..seperti para sahabat…Nabi saw..

Dan siapa akhir kalam dia dapat ucap kalimah Tauhid..maka wajib syurga untuknya, walaupun dia seorang kafir atau aetis!!!

Nota: cuba rujuk pengalaman menyaksikan org islam yang mati masing-masing, ada antara mereka yang dapat sebut nama Allah sebelum mati?

(tapi dlm cerita hang jebat..hang jebat mati dengan mengucapkan kalimah tauhid…!)

Ada hamba Allah yang tidak percaya dengan kewujudan Tuhan.. dalilnya, kenapa Allah tak selamatkan budak-budak kecil dari keganasan.., mengapa orang jahat kaya raya..!!!

Aku kata:
Allah tak perlu selamatkan budak tu untuk buktikan kewujudanNYA..

Allah tak perlu miskinkan orang jahat untuk buktikan kewujudanNYA..

Allah tak perlu matikan serta merta orang yang murtad untuk buktikan kewujudanNYA..

Allah tak perlu turunkan malaikat dan buat penerangan untuk buktikan kewujudanNYA..

Kerana Allah dah bagi otak dan akal dan hati untuk manusia berfikir..
Aku nak tanya lah sikit pada golongan aetis..

Kalau korang jalan-jalan dan jumpa dengan tapak kaki lembu.. adakah korang yakin bahawa tapak kaki itu wujud dengan sendiri?

Atau kalau korang jalan-jalan dan jumpa satu rumah buruk… adakah korang yakin jika aku katakan bahawa satu waktu dulu ada orang yang bina rumah itu, atau rumah itu jadi sendiri?

Atau kalau korang jalan-jalan dan jumpa tompok tompok najis binatang.. adakah najis itu datang tanpa bontot?

Tak payah jawab pun..sebab korang dah ada otak, boleh fikir sendiri..

Dan satu lagi,
Siapakah yang buat keputusan langit itu berwarna biru?

Siapakah yang buat keputusan daun pokok itu berwarna hijau?

Siapakah yang buat keputusan gula itu rasanya manis?

Siapakah yang buat keputusan jari manusia ada lima?

Siapakah yang buat keputusan bayi keluar dari kemaluan?

Siapakah yang buat keputusan waktu korang jadi mayat?

Tak payah jawab pun..sebab korang dah ada otak, boleh fikir sendiri.., nak jadi bahan bakar api neraka atau nak jadi pemuas nafsu bidadari?

Sekian…(macam bagus aku ni-oh...)


Ps: yang tak boleh doa kebaikan kat orang kafir adalah apabila tiba hari di akhirat kelak, bila korang dah masuk syurga (semoga aku termasuk), maka haram korang doa orang kafir masuk syurga, kekallah mereka sebagai bahan bakar api neraka membakar iblis dan sekutunya.., sebelum mereka dan korang jadi mayat, berdoalah hidayat untuk mereka, jangan lupa doa aku yang tak kafir ini sekali!!!

No comments: